Bismillahirrahmanirahim


Alhamdulillah , syukur kehadrat Ilahi dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad (SAW) . Pada ini saya ingin mengucapkan syabas dan maju jaya kepada kelab komputer sekolah kerana menyambut cabaran meneroka laman web site SEMENKA ke persada merebut juara peringkat negeri .
Kini era globalisasi , pastinya menjanjikan cabaran yang kian getir dan memerlukan kemahiran ICT dan sahsiah yang lebih mantap bagi menjamin kecemerlangan berterusan . Jesteru,saya menyeru kepada warga SEMENKA maju setapak kehadapan bergerak cergas dalam mengikut perkembangan teknologi , kerana ledakan teknologi maklumat kini dipercayai akan mererolusikan sektor pendidikan . Bebaskan diri dari keponpong buta komputer , jangan biarkan
diri kita seperti katak bawah tempurung atau seperti rusa masuk kampung tetapi perlengkapkan
diri untuk berdaya saing meneroka ke arah teknologi maklumat .
Dalam kegairahan kita mengajar arus teknologi maklumat kita perlu ingat bahawa semata-mata tidak memberi makna kepada seseporang tanpa ilmu . Dalam hubungan ini maklumat dan ilmu mestilah seiring serta pautan Falsafah Pendidikan Negara pula bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmoni
Ahkir kata , saya menyeru kepada semua guru dan pelajar marilah sama-sama menjana pembangunan ICT, meningkatkan martabat dan majulah bangsa supaya kita tidak dikatakan bangsa ketinggalan zaman .
(Pn HJH MAZENAH B MOHAMED)
Pengetua,SMK Kadok, Kota Bharu Kelantan.